Friday, November 03, 2006

TEPUNG PELITA

Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung beras
1 cawan gula halus
2 cawan santan pekat
5 cawan air panas
cawan jus pandan
Garam secukup rasa
Daun pisang (potong empat segi)

Cara Menyediakannya:

Bancuh satu cawan tepung beras bersama pati santan serta garam (secukup rasa). Ketepikan. (Adunan A). Bancuh tepung yang selebihnya dengan air panas, jus pandan dan kacau hingga cair (jangan terlalu cair). (Adunan B). Bentukkan daun pisang menjadi empat persegi. Jerangkan air kukusan. Apabila mendidih atur acuan daun pisang diatas dulang. Masukkan 1 sudu teh gula ke dalam setiap acuan. Setelah itu bolehlah dikukus. Bila adunan B telah beku, tuangkan adunan A ke atasnya. Setelah itu kukus lagi sehingga masak

|

FRESH CREAM BISCUIT

Sumber : Mamafami

Ingredients :

2 cups flour
4 oz butter
1/2 teaspoon salt
2 teaspoons sugar
1 teaspoon baking powder
* 1/2 teaspoon cream of tartar
Fresh cream
Egg white
Colored sugar ~ to sprinkle

Method :

1. Sift flour, baking powerder, salt and cream of tartar into a bowl.
2. Add sugar and rub in butter to form breadcrumbs.
3. Pour in enough fresh cream to make into soft dough.
4. Roll to 1/2 cm thick and cut using the cookie cutter.
5. Brush with egg white and sprinkle with colored sugar.
6. Arrange in a tray and bake at 180 C for 10 minutes.
7. Then lower the temperature to 150 C for another 5 minutes or so to
make it crispy.

|

MUFFIN BERLAUK

Sumber : Hanieliza

Bahan Inti
1 cawan isi ayam [cincang]
2 biji kentang [potong dadu]
5 ulas bawang merah[cincang]
2 s/b rempah kari daging [bancuh dgn 2 s/b air]
2 s/b minyak
daun sup
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan kacau rata sehingga naik minyak.
3. Masukkan kentang, ayam dan garam.
4. Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga kentang lembut.
5. Biarkan sehingga agak pekat.
6. Tutup api dan sejukkan.

Bahan Kek
3 biji telur
50 gm gula halus
1 s/b susu cair
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/k ovallate
130 gm tepung gandum

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan pukul menggunakan balloon
whisk sehingga gebu.
2. Panaskan kukusan.
3. Masukkan adunan kedalam acuan muffin yg telah dilapikkan kertas
[separuh sahaja]
4. Masukkan inti dan kukus selama 20 minit
5. Hidangkan.

|

BISKUT COKLAT M&M

Sumber : Mamafami

Ingredients :

1 egg
200 g butter
150 g cornflour
50 g grounded almonds
150 g icing sugar
200 g flour
80 g Optima flour
enough M&M chocolates for decoration
chopped almonds

Method :

1. Cream sugar and butter then add egg.
2. Add in the sifted dry ingredients : flour, Optima flour and
cornflour. Add in the grounded and chopped almonds and mix well.
3. Roll into small balls. Press an M&M chocolate on top.
4. Place on a greased floured baking tray, or layer the tray with
greaseproof paper, leaving enough room between them as they expand.
5. Bake in a pre-heated oven at 170 C.

|

Talam Lobak Berudang

Sumber : Jelita Februari 1995

Bahan-bahan kuih talam
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
1 cawan susu segar
1/4 cawan air
2 biji telur
300 g lobak merah, diparut halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam

Cara Membuatnya
1. Bancuh tepung gandum bersama tepung beras, garam, susu dan air hingga sebati dan tidak bergentel baru dimasukkan telur. Kacau lagi hingga rata.
2. Akhir sekali masukkan parutan lobak dan serbuk lada hitam. Kukus kuih di dalam loyang kecil. Apabila kuih sejuk baru dikeluarkan dari loyang.

Bahan-bahan lauk untuk kuih talam
2 sudu besar marjerin
300 g ydang sederhana, dibersihkan
1 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar sos cili
2 pokok daun bawang, dihiris
2 pokok daun sup, dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya
1. Cairkan marjerin di dalam kuali. Goreng udang hingga kering airnya.
2. Masukkan rempah kari ikan dan sos cili. Kacau rata.
3. Masukkan daun bawang, duan sup, garam dan gula, Hidangkan bersama talam lobak. __._,_.___

|

OPOR DAGING

sumber:Chef Md.Amin

1 1/2 kg daging batang pinang
5sb cili kisar
3sb kari daging
3sb minyak sapi
1 cwn minyak masak
garam

Bhn Kisar:-
3 biji bawang besar
6 biji bawang merah
5 biji bawang putih
Halia
Lengkuas
3 batang serai

5sb kerisek
5 biji buah keras-tumbuk
2 cwn santan pekat
1 keping gula kabung
kulit kayu manis/buah pelaga/bunga lawang/cengkih (aweh2)
asam keping - option

CARA
- Tumiskan bhn kisar bersama aweh2 tadi sampai wangi
- Masukkan cili kisar dan kari, kacau
- Masukkan daging dan santan, kacau dan tunggu sampai pecah minyak
- Masukkan kerisek,gula kabung dan garam, kecilkan api
- Renih sampai daging empuk

*Boleh dimakan bersama apa saja nasi,ketupat dan sebagainya.

|

Biskut Cabai

Sumber - chef niejam

Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung atta (tepung chapati)
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula halus
1 cawan mentega
1 cawan nestum
2 biji kuning telur
1 sudu the vanilla
4 sudu besar tepung gandum

Cara membuatnya

Pukul mentega, kuning telur dan gula hingga kembang
Masukan vanilla dan gaul sebati
Masukan tepung kastard, tepung atta, nestum dan tepung gandum. Uli hingga sebati
Bentukan seperti lada dan letak bunga cengkih diatasnya sebagai tangkai
Bakar hingga kekuningan

|

ACAR TILAPIA




sumer: familiazam

Bahan-bahannya:
1 kg ikan tilapia
1/2 sudu teh serbuk kunyit
4 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
3/4 cawan air
1 sudu makan kismis
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar:
1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh jintan manis
10 biji cili kering
1 inci halia
6 biji bawang merah
6 biji bawang putih

Cara-cara membuatnya:
Bersihkan ikan dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan
minyaknya.
Panaskan satu sudu makan minyak masak dan goreng kismis beberapa saat. Angkat dan tos.
Tambah sedikit minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar. Setelah naik bau, masukkan gula,cuka,
garam dan air. Kacau sehingga rata.
Setelah mendidih, masukkan ikan dan cili yang telah dihiris serta kismis.

|

PISTACHIO

BISKUT PISTACHIO

Bahan-Bahannya :
100gm mentega
80gm gula kastor
2 biji kuning telur
150gm tepung serbuk penaik
100gm pistachio dicincang kasar

Cara Membuatnya :
Putar mentega bersama gula kastor hingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur. Kacau lagi.
Masukkan tepung berserbuk penaik. Uli adunan hingga menjadi doh.
Bentuk doh bulat sederhana besar. Kemudian dileperkan sedikit.
Tekan pistachio di atasnya. Buat hingga habis doh.
Bakar pada suhu 190°C selama 15 hingga 20 minit.
-----------------

BISKUT COKLAT PISTACHIO



Bahan-Bahannya :

125gm mentega
2 sudu besar gula kastor
1 ¼ cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan tepung susu penuh krim
¼ cawan susu pekat manis
125gm coklat masakan dicair dan disejukkan
½ cawan kacang tanah digoreng dan dicincang ( boleh diganti dengan walnut
atau badam )


Lapisan Coklat :

125gm coklat masakan dicairkan
30gm mentega dicairkan


Cara Membuatnya :

Satukan mentega dan gula kastor.

Pukul keduanya hingga kembang.

Campurkan dengan tepung naik sendiri, susu tepung penuh krim, susu pekat
manis dan coklat yang telah dicair.
Uli adunan sehingga menjadi doh.

Canai doh menjadi bentuk bulat memanjang kemudian potong setebal 1cm dan

bakar selama 12 minit.

Setelah sejuk sapukan lapisan coklat di atasnya dan taburkan kacang.
( Gunakan beg aising untuk memudahkan anda menyapu lapisan coklat ).

|