Friday, July 29, 2005

Resipi ... BOSTON CHEESE CAKE

BOSTON CHEESE CAKE

Bahan-bahannya

Sediakan kek span vanilla berukuran 20 mm tebal
(sila rujuk kepada resipi yang telah diberikan)

(A)
150 ml susu segar
20 gram gula
3 biji kuning telur
20 gram tepung jagung

(B)
250 gram krim keju

(C)
parutan 1/2 biji kulit lemon
130 ml krim putar

(D)
2 sudu besar tepung gandum
60 gram kismis

(E)
3 biji putih telur
60 gram gula
1 sudu teh jus perahan lemon


Cara-caranya
1. Didihkan 100 ml susu dengan gula dari (A). Campurkan kesemua baki bahan seperti susu, kuning telur dan tepung jagung dan adun. Terus memasak sehingga ia pekat. Biar ia sejuk. Ketepikan sebentar.
2. Pukul krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil-bintil. Tambah ke (A) yang sudah sejuk. Adun sehingga sempurna.
3. Campur (C) dan gaul hingga sebati.
4. Campur (D) dan pukul hingga rata.
5. Putar putih telur di (E) hingga berbuih. Tambah gula dan jus lemon. Terus memukul hingga pekat. Kemudian tambah adunan keju dan adun.
6. Alas kertas minyak di dasar dan tepi acuan bulat 9".
7. Letakkan kek span di dsar dan tuang adunan keju ke dalamnya.
8. Letakkan di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air. Bakar pada suhu 150 darjah C selama 2 jam atau bahagian tengah sudah masak dan permukaan bertukar menjadi kuning keemasan. Keluarkan kek daripada ketuhar dan keluarkan kek daripada acuan segera. Siap dihidang.

Nota: Jangan terlalu memutar adunan putih telur cukup sehingga ia berbuih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|