Thursday, August 18, 2005

Resipi...CHOCOLATE WHEATIES

CHOCOLATE WHEATIES

Bahan-bahannya
90 gram mentega
½ cawan gula perang, dipadatkan
1 biji telur
¼ cawan kelapa kering (dessicated coconut)
¼ cawan nestum
¾ cawan tepung wholemeal
½ cawan tepung naik sendiri
90 gram coklat hitam

Cara-caranya
Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan telur dan pukul hingga sebati. Masukkan kelapa kering dan nestum dan kemudian masukkan tepung yang telah diayak. Gaul rata. Atur adunan doh menggunakan sudu diatas loyang pembakar dan leperkan sedikit menggunakan garfu. Bakar selama 15-20 minit sehingga kekuningan. Sejukkan selepas dibakar.

Cairkan coklat hitam menggunakan teknik “double boil” sehingga cair. Celup setengah biskut kedalam coklat dan biarkan coklat keras dengan memasukkan ia sekejap kedalam peti sejuk.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|