Tuesday, April 25, 2006

Ayam Percik Sri Gading

Resipi sumbangan: Siti Suhaila Majdi

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1.5 kg.)
50 gm. bawang besar
15 gm. halia
40 gm. cili kering
20 gm. gula
2 batang serai (ditumbuk)
1 1/2 biji kelapa ambil patinya
Garam & sebuk perasa secukupnya

Cara membuatnya :
1. Ayam dibersihkan dan dikelar pada bahagian yang sukar masak

2. Satukan bahan giling yang telah dimesin iaitu bawang besar, halia dan cili dengan gula, serai, santan, garam dan serbuk perasa. Gaul sehingga sebati.

3. Panaskan periuk, masukkan bahan tadi bersama santan serta kacau hingga pekat dan berminyak.

4. Kukus ayam sehingga 3/4 masak, angkat serta panggang di atas bara sambil dipercik-percikkan dengan kuah tadi hingga habis dan kemudian hidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|