Tuesday, July 26, 2005

Resipi...TERUTUP RENDANG

TERUTUP RENDANG

Bahan-bahannya
1 ekor ikan terubuk atau ikan cermin yang sedang besarnya.
Siang bersih. Jika menggunakan ikan terubuk jangan buang sisiknya.
Cuci dan toskan

minyak untuk menumis
2 sudu makan lada kisar
2 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan rempah rendang
4 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
2 genggam bawang goreng
1 batang serai, dititek
1 ibu jari lengkuas, dititek
1 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
gula dan garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar halus
4 biji buah keras
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara-caranya
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar, beserta lada kisar, rempah kari dan rempah rendang sehingg garing dan wangi. Masukkan santan, asam keping, daun kunyit, daun limau purut, serai, lengkuas, dan masaklah sehingga ia mendidh 1/2 pekat. Barulah masukkan ikannya, garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api yang sederhana. Bila rempahnya mulai pekat, balekkan ikannya dan masukkan pula bawang goreng yang diramas-ramas. Masak lagi sehingga rempahnya pekat dan kering sedikit. Jangan balek-balekkan ikannya, cukup setakat dibalekkan dua kali sahaja. Seandainya inginkan lauknya berkuah, jangan dikeringkan, biarkan ia pekat sahaja.

Sumber: Hajjah Saodah Bte Mohd Salleh

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|