Resipi...KARI UDANG MERAH DAN TOFU
KARI UDANG MERAH DAN TOFU
BAHAN-BAHAN:
300 gm udang besar | bersihkan dan buangkan bahagian kepalanya sahaja
200 ml santan
2 keping tofu lembut (tofu telur)
Sedikit air, garam, gula dan serbuk lada putih
BAHAN DIKISAR HALUS
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut
2 sudu besar pes cili
2 batang serai
2 tangkai daun ketumbar
11/2 sudu kecil parutan kulit limau
1 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil kunyit serbuk
CARA MEMBUATNYA:
1. Goreng tofu hingga kuning keemasan dan ketepikan.
2. Goreng pula udang hingga bertukar warna dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
4. Kemudian masukkan santan dan sedikit air dan biar mendidih.
5. Rasa garam, gula dan serbuk lada dan biar mendidih sepenuhnya.
6. Hiris tofu dan tuang sos kari merah ke atas tofu dan udang sebelum dihidang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home