Thursday, September 01, 2005

Resipi...BAKED PEACH YOGHURT CHEESE CAKE

Bahan untuk Kek Span Vanilla

(A)
160 gram gula
15 gram ovalette

(B)
5 biji telur
125 gram tepung
1 sudu teh baking powder

(C)
40 ml air

(D)
75 gram mentega, dicairkan

Cara untuk Inti

(A)
500 gram krim keju
50 gram gula
50 gram mentega

(B)
50 gram tepung gandum

(C)
1 biji telur
3 biji kuning telur

(D)
150 gram yoghurt

(E)
3 biji putih telur
70 gram gula
secubit rasa garam
(Jangan terlalu memutar Bahan E)

(F)
300 gram kepingan buah peach

Cara untuk Kek Span Vanilla
1. Masukkan (A) ke dalam mangkuk pengadun dan pukul sehingga sebati.
2. Campurkan (B) dan pukul sehingga pekat.
3. Masukkan (C) dan pukul adunan tadi sehingga lembut dan gebu.
4. Masukkan (D) dan gaul adunan sehingga sebati. Tuang ke dalam acuan bulat berukuran 9".
5. Bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit. Setelah dibakar, keluarkan kek daripada acuan serta merta.

Cara untuk menyediakan kek
1. Putar (A) sehingga lembut dan gebu.
2. Campur (B) dan adun sehingga sebati.
3. Tambah (C) dan pukul hingga tidak berbintil-bintil.
4. Campur (D) dan gaul rata-rata.
5. Pukul (E) sehingga pekat. Campur adunan tadi dan gaul hingga sebati.
6. Letak selapis kek span vanilla ke dalam acuan bulat 9". Susun kepingan pic di permukaan.
7. Tuang adunan keju ke atas. Letakkannya di dalam dulang pembakar yang diisi dengan air.
8. Bakar pada suhu 160 darjah C selama 60 minit dalam air suam. Selepas dibakar boleh ayak gula aising diatas kek sebagai hiasan dan siap untuk dihidang.

Nota: Jika menggunakan loyang springform hendaklah dialaskan kertas aluminium foil bila hendak diletakkan dalam dulang pembakar yang berisi air kerana loyang springform akan meresap air jika tidak guna foil.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|