Thursday, October 27, 2005

Resipi...Nasi Goreng Kailan Ikan Masin Trg kite

Bahan-bahannya:
2 cawan nasi
3 ulas bawang putih
3 batang sayur kailan serta daunnya
2 sudu sos tiram
2 sudu stok ayam
garam secukup rasa
6 biji cili padi(ditumbuk kasar)
2 keping ikan masin tenggiri(ikan jeruk)

Cara-caranya:
# Ikan masin digoreng terlebih dahulu.Bila dah masak ketepikan.
# Bawang putih ditumbuk dan ditumis didalam kuali.Apabila sudah kekuningan masukkan ikan masin tadi berserta cili padi.
# Selepas itu,masukkan sayur kailan.Kacau lagi sehingga agak layu.
# Masukkan sos tiram dan stok ayam,kacau sehingga ia mesra.
# Akhir sekali,masukkan nasi dan garam secukup rasa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|