Thursday, October 27, 2005

Resipi...Ikan Bakar Parit raja

3 ekor ikan pari
3 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 inci lengkuas
3 inci halia
1 sudu teh halba
1 inci kunyit
segenggam lada kering
air asam jawa
garam
gula

cara

Blender semua bawang merah,bawang putih,halia,lengkuas,lada kering, kunyit. Tumiskan halba sekejap, jangan sampai hangus pas tu masukan bahan blender dengan api sederhana besar sampai pecah minyak. masukan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.masak lagi sampai anda rasa ianya dah masak.

Bagi sambal kepada dua bahagian. Separuh perapkan kepada ikan dan separuh lagi digunakan semasa membakar ikan. perapkan ikan selama setengah hari. sapukan daun pisang dengan minyak masak supaya tak terbakar dan aturkan ikan diatasnya. Curahkan sambal yang separuh lagi ke atas ikan dan bakar sampai masak........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|