Resipi...Kuih Dangai
Bahan–Bahannya :
1 cawan tepung pulut
1 cawan kelapa parut ( kalau lebih sikit lagi sedap, kena pula isi
kelapa yang muda sikit...)
Sedikit garam dan air
Gula secukupnya
Cara Membuatnya :
Tepung pulut dan kelapa parut digaul rata.
Masukkan secukup rasa garam dan air ( fungsi air adalah untuk
melembabkan sahaja ).
Kalau tak ada acuan, boleh menggunakan kuali.
Sapu sedikit minyak dan ditabur dengan bahan-bahan tadi lebih
kurang 1 @ 2cm.
Lepas itu tabur gula diatasnya.
Bakar sehingga masak kemudian di lipat dua.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home