Resipi...KERABU DAUN PUDINA
Bahan-bahan yang diperlukan -
1. 1 ikat daun pudina segar
2. 1 batang serai segar (serai kering tak main ya)
3. 1 batang bunga kantan (yang tak kembang punya)
4. 1 biji cili merah
5. 1/2 biji bawang besar
6. 2-3 biji limau kasturi (pilih yang besar dan masak)
7. 1/2 cawan ikan bilis (pilih yang sedang atau kecil)
8. Secubit dan sesedap rasa garam dan gula
Cara membuatnya -
1. Mula-mula basuh semua bahan dan toskan.
2. Petik daun pudina (yang elok shj) , basuh sekali lagi dan toskan. Lepas
tu, masukkan dalam bekas plastik , tutup rapat dan masukkan dalam peti ais.
3. Goring ikan bilis sehingga garing. Toskan minyaknya dan bila sejuk,
ramaskan agar ianya hancur.
4. Mayang halus serai dan bunga kantan.
5. Cili dan bawang dipotong dadu kecil-kecil.
6. Bila dah tiba masa makan, keluarkan daun pudina dari peti ais. taruh
dalam mangkuk besar.
7. Masukkan, serai, bunga kantan, cili dan bawang. gaul semuanya supaya
rata.
8. Masukkan sedikit demi sedikit jus limau , garam dan gula. Gaul lagi dan
rasalah manis,masin dan masamnya. Kalau tak balance, masukkan agar rasanya
sedap.
9. Akhir sekali, gaulkan pulak ikan bilis goring dan bolehlah dihidangkan.
Tips -
1. Jus limau kasturi boleh digantikan dengan jus buah lemon
2. Ikan bilis goreng boleh digantikan dengan udang kering goreng.
3. Boleh juga gunakan isi udang segar yang direbus.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home