Resipi...AYAM PEDAS PORTUGIS
Bahan
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong)
Bahan untuk dimesin :
Bahan A
6 sudu makan cili boh atau pes cili kering
1 cm belacan
16 - 20 biji bawang merah
4 biji buah keras
sebatang serai
Bahan B
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar dihiris
Cara membuatnya :
Panaskan minyak masak sebanyak 3 sudu makan dan tumiskan bahan-bahan A yang
telah siap dimesin.
Kemudian masukkan ayam dan digaul rata dan ditutup. Bila air telah kering,
masukkan bahan B. Kalau pekat sangat, bolehlah ditambah air.
Akhir sekali masukkan sedikit air asam jawa, garam dan gula. (Kalau boleh
masukkan garamnya pada peringkat terakhir memasak.)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home