Saturday, December 24, 2005

Resipi...APAM SIAM

Bahan-bahan
3 bj telur
1 cawan air soda (sprite/seven up/ais krim soda)
3 cawan tepung gandum
1½ cawan gula
Pewarna (ikut suka)
Cara membuatnya:-
Pukul telur dengan gula sehingga kembang. Apabila bahan sudah kembang. Masukkan air soda dan kacau rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan dalam talam dan kukus selama 20 minit.

Hiaslah dengan pewarna mengikut corak yang disukai. Saya lebih menyukai corak pelangi. Dinasihati supaya anda mengukus dengan menggunakan satu tingkat sahaja bagi memastikan apam tersebut naik. Jika tersilap sedikit ia akan batat. Sila ikut turutan jika tidak, apam anda tidak akan berhasil.
Ha...pewarna tu dimasukkan setelah bancuhan apam dah dimasukkan kedalam talam. Kalau nak pakai 3 warna, titiskan tiga-tiga warna tersebut ditempat yang berlainan. kemudian pusingkan garpu pada bancuhan tersebut sehingga ia bercorak pelangi.
Sesetengah orang jika rajin, mereka akan asingkan bancuhan pada 3 warna. Misalnya, warna kuning, hijau dan merah. Masukkan warna selangseli di dalam tengah talam. warna kedua pula dimasukkan ditengah warna pertama tadi dan seterusnya. so, ia akan berselang seli..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|