Friday, February 17, 2006

Resipi...Gulai Cekur

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan keli(lain-lain ikan sungai pun boleh)
Sebiji kelapa (ambil santannya tetapi jangan terlalu cair)
10 biji cili api
2 biji bawang merah
4 ulas biji cekur
Garam secukup rasa


Cara:
Panggang ikan keli terlebih dahulu. Ikan keli perlu dilumur dengan garam. Jika mahu dilumur dengan kunyit juga tidak mengapa.

Cara memasak kuah:
1. Tumbuk cili api, bawang dan cekur sehingga lumat.
2. Masukkan santan di dalam kuali beserta dengan bahan yang telah ditumbuk.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Jika mahu gulai berwarna kuning, bolehlah dimasukkan sedikit kunyit. Walaubagaimanapun, gulai lemak yang putih ini adalah gulai tradisi orang jawa.
5. Masak santan dengan api perlahan sehingga menggelegak.
6. Setelah menggelegak, bolehlah dimasukkan ikan keli yang telah dipanggang.
7. Tutup api dan kacau perlahan-lahan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|