Monday, August 08, 2005

RESIPI ... NASI RAMPAISARI

RESIPI NASI RAMPAISARI

BAHAN-BAHANNYA
3 cawan beras
2 cawan air
2 cawan santan pekat

Bahan rempah ( digiling )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil jintan putih
1 batang serai
1 batang bunga kantan
1 sm halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu besar kerisik
minyak masak
sayur campuran

CARA MEMASAK

1. Basuh beras dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak dan mulakan dengan menumis bahan yang digiling tadi.
3. Tumis sehingga naik baunya.
4. Masukkan air, santan dan garam secukup rasa.
5. Biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan beras tadi.
7. Apabila hampir kering masukkan sayur campuran dan masak sehinga kering.
8. Hidangkan dengan bawang goreng.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|