Thursday, August 04, 2005

Resipi...EPOK EPOK BAKAR

EPOK-EPOK BAKAR

Bahan Inti
500 gram daging cincang
250 gram bawang besar, didadu
300 gram kentang rebus, didadu
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh pes bawang putih
1/2 sudu teh pes halia
3 pelepah daun kari
1 batang serai, dititik
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh serbuk kunyit
minyak untuk menumis
sedikit garam

(bahan dibawah disanggar dan dikisar halus dan gunakan 1 sudu makan sahaja)
100 gram ketumbar biji
40 gram jintan manis
40 gram jintan putih

Bahan Pastri
1 kilo tepung gandum, diayak
300 gram mentega
350 - 400 ml air sejuk (dari peti sejuk)

Cara-caranya
Gaul rata rempah kari daging, satu sudu makan rempah yang telah disanggar yang telah dikisar, pes bawang putih, pes halia dan kunyit serbuk dengan sedikit air. Panaskan minyak di kuali. Tumis rempah yang digaul tadi. Masukkan daun kari dan serai. Bila sudah naik aromanya, masukkan daging cincang. Gaul rata. Tuangkan sedikit air dan masak sehingga dagingnya empuk. Bila hampri kering masukkan kentang dan bawang dadu. Gaul rata. Taburkan gula dan sedikit garam. Tunggu sehingga airnya kering, baru diangkat dan sejukkan.

Tepung dan mentega digaul dengan hujung jari sehingga menjadi abuk roti. Sambil menggaul, tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Jangan lagi ditambah airnya Canai seperti membuat epok-epok. Isikan secukup inti, cantumkan dan kelim tepinya. Jika tidak melekat sapukan sedikit air sejuk ditepinya.

Sapu sedikit crisco diloyang pembakar dan atur epok-epok, dan sapukan atasnya dengan kuning telur. Panaskan ketuhar terlebih dahulu. Bakar untuk 20-25 minit dengan kepanasann 170 darjah C.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|