Resipi...HOT DIVA PASTA
Hot Diva Pasta
Bahan-bahan
600 g Spaghetti
150 ml minyak zaitun
6 ulas bawang putih
50 g buah zaitun hitam (dipotong)
20 g buah melada (B.I capers)
500 g puri tomato
100 g pasli Itali (dipotong)
100 g tomato kering (dihiris)
30 g daun selasih segar (basil)
50 g cili padi (tidak dipotong)
15 g filet ikan bilis
6 liter air
garam dan lada putih secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak zaitun.
2. Tumiskan bawang putih sehingga harum.
3. Masukkan filet, buah melada, zaitun hitam, tomato kering, puri tomato, dan cili padi.
4. Biarkan ia mendidih sehingga sos menjadi pekat.
5. Masukkan pasli dan daun selasih.
6. Di dalam kuali yang lain pula, didihkan air bersama minyak zaitun dan garam.
7. Masak spageti selama 7 - 8 minit sehingga lembut dan kemudian tuskan. Tuangkan sos di atas spageti dan sedia untuk dihidang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home