Tuesday, October 18, 2005

PELBAGAI PETUA

Mengelakkan ikan masin hancur
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

=================================

Mencantikkan Telor Rebus

Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.

=================================

Menyimpan Cili Mesin

Rebuskan cili yg hendak dimesin terlebih dahulu,setelah agak sejuk basuh cili trsebut agar bijinya tertanggal dan supaya cepat hancur apabila dikisar.Kisar atau mesin seperti biasa bersama air suam,kemudian simpan dlm peti sejuk.Insyaallah cili tu akan tahan lama.

=================================

Menghilangkan hanyir ikan sungai

Caranya mudah saje iaitu dgn merendamkan ikan sungai yg telah disiang dgn air cucian beras.Biarkan selama beberapa minit,kemudian bilas dgn air bersih.Insyaallah bau hanyir akan hilang.

Atau, ikan itu di cuci dengan asam jawa dan diperap untuk seketika.

=================================

Petua menyimpan lengkuas

Untuk memastikan yang lengkuas yg dibeli tahan lebih lama dan tidak kecut,cuba amalkan petua ni.Masukkan lengkuas tersebut ke dalam botol kaca yg telah diisi dgn sedikit air.Insyaallah lengkuas akan tahan lbh lama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|