Monday, November 14, 2005

Resipi...FRAMBOZEN CANARY/ ALMOND RASPBERRY MERINGUE SHORTBREAD

Bahan-bahannya

2 cawan tepung serbaguna
2 biji telur, diasingkan putih dan kuning telur
1/2 cawan gula
1/4 sudu teh garam
3/4 cawan majerin atau mentega, dilembutkan
1/2 cawan badam cincang
1/2 cawan jem raspberi ataupun strawberi

Topping

1/3 cawan gula halus
1/2 cawan hirisan badam


Cara-caranya

Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. Campurkan tepung, kuning telur dan 1/2 cawan gula, garam, majerin/ mentega dan 1/2 cawan badam cincang.

Perhatian: Doh akan keras sikit. Tekan doh pada loyang pembakar 9 x 9 x 2 inci dan bakar sehingga ia kekuningan selama 15 - 20 minit. Biarkan base biskut sejuk sedikit dan kemudian sapukan jam.



Topping

Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi dalam mangkuk steel yang bersih dari air dan minyak sehingga ia kental dan memekat. Masukkan 1/3 cawan gula halus sedikit demi sedikit dan pukul pada kelajuan tinggi sehingga ia likat dan kilat. Sapukan meringue (adunan putih telur) diatas jam dan taburkan dengan 1/2 cawan hirisan badam. Bakar pada suhu sederhana selama 8 - 10 minit atau lebih sehingga topping meringue menjadi kekuningan sedikit. Biarkan sejuk sedikit barulah dipotong 1 1/2 inci segi empat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|