Resipi...AYAM ROAST BEREMPAH
Sumber: Dapur Mami Asmah Laili
Bahan-Bahan
BAHAN
1 ekor ayam, dipotong 12 dan digoreng dengan 1 sudu makan minyak zaitun untuk
mematikan darahnya. Angkat dan ketepikan.
BAHAN KISAR
10 biji lada kering, buang biji dan rendam sehingga kembang
20 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu makan ketumbar biji }
1 sudu teh jintan halus} disangai dahulu
½ sudu teh jintan manis }
1 batang serai, bahagian putihnya sahaja
½ jari lengkuas
5 biji kacang gajus
1 batang serai dititik
1 biji bawang besar, dihiris
Sedikit hirisan daun pudina/daun ketumbar untuk tabur
Sedikit minyak canola untuk menumis
Sedikit garam dan gula
C ara Cara
Panaskan minyak didalam kuali. Tumis serai hingga wangi. Masukkan hirisan bawang besar dan tumis lagi sehingga bawangnya lembut dan garing sedikit.
Masukkan semua rempah kisar. Masak sehingga wangi dan sebelum terbit minyak, masukkan ayam. Balik-balikkan sebentar sehingga ayam bersalut rata dengan rempah.. Kemudian tuang kedalam dulang pembakar, dan bakarlah dengan kepanasan suhu 180 darjah Celcius, sehingga ayamnya masak dan rempahnya garing.
Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina dan daun ketumbar. Enak disajikan dengan nasi dan sebarang roti.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home