Friday, May 05, 2006

FRUIT FLAN

Sumber: Shidaaziz (cari.com FnR Gathering)

VANILLA SPONGE

Bahan-bahan:
120gm gula castor
120gm tepung gandum
4 biji telur Grade B
10gm super sponge or ovalette
20gm air
20gm minyak jagung or butter dicairkan
1 st esen vanilla

Cara-cara:
1. Satukan gula, tepung, telur, ovalette & air.
2. Putar guna kelajuan kelajuan tinggi hingga kental anggaran 5 minit.
3. Perlahankan putaran dan masukkan minyak jagung. Kacau rata.
4. Gunakan acuan bersaiz 7 1/2". Bakar dengan suhu 170C.

Chocolate Sponge
Keluarkan 2 sudu besar tepung gandum dan tambah 2 sudu besar serbuk koko. Kalau nak lebih gelap, masukkan chocolate emulco.

Tips:
1. Selepas bakar, terus keluarkan kek daripada acuan dan sejukkan.


custard cream (instant custard)
100gm instant custard
200gm air masak atau jus oren
5 sudu whipping cream yang telah dipukul

caranya:
kacau sebati hingga licin

vanilla cream/custard cream

A
375gm fresh milk
50gm sugar
1 ts vanilla

B
125gm fresh milk
25gm sugar
40gm corn flour
3 nos egg yolk

C
40gm whip cream

caranya:
1. didihkan A dengan api sederhana
2. Satukan kesemua bahan B dan kcau rata. Tuangkan ke dalam A dan kacau hingga mendidih. sejukkan
3. akhir sekali masukkan C ke dalam adunan & kacau sebati.


Buat kek seelok-eloknya sehari sebelum nak hias.

1. kek dibelah 2.
2. sapukan custard cream di atas kek. ratakan.
3. letak hirisan peach atau sebarang buah (laici or longan or mangga or kiwi dsb)
4. tangkup dengan 1 lagi kek
5. tutup seluruh kek dengan cream sutard
6. di atasnya boleh hias dengan buah-buahan segar.

kalo tak mo taruk custard cream, boleh guna non-dairy cream or fresh cream yang dah dipukul.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|