MEE HOON SUP BEBOLA DAGING
Sumber: Kak NoorMasri (cari.com)
Bahan utk bebola daging:
600g daging cincang
70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
50 g tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar serbuk lada sulah
¾ sudu kecil garam
Cara membuat:
Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati.
Bulat-bulatkan sebesar ibu jari. Letakkan sedikit tepung jagung ditapak tangan semasa menggentel supaya bebola daging tak melekat di tangan. Lakukan sehingga habis kemudian ketepikan
Bahan utk kuah:
2½ liter air (10 cawan air)
1 ketul kiub pati daging
2 sudu kecil kicap cair
4 ulas bawang putih }dicincang halus
½ sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
2 batang celery } dihiris nipis
2 tangkai daun bawang } dihiris
3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
sedikit bawang goreng
1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat
Cara Membuat:
Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
Setelah daging terapung masukkan celery.
Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon, daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan sambal kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.
Hidangkan panas-panas.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home