Ikan Talang Masak halia
Bahan:
Isi ikan talang (dicuci dan direndam dalam air garam selama 1/2jam)
-rendam dengan air garam akan mempercepatkan garam dari dalam isi ikan keluar dan isi ikan akan kurang masin.
2 sb cili pes cili kering ( cili boh pun boleh)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1cm halia ( besar ibu jari lebih kurang), dipotong panjang-panjang
garam, gula dan sedikit air asam jawa
minyak untuk menggoreng isi ikan
Cara
1. Isi ikan yang telah direndam, ditos dan digoreng hingga garing. Ketepikan.
2. Guna minyak menggoreng ikan tadi (2 sudu besar minyak).Tumis halia yang dipotong hingga bau wangi, masukkan cili (boleh juga diblend semua bahan kecuali halia masa blend cili kering).Masukkan garam, gula dan air asam dan biar hingga kering air/ garing cili tersebut.
3. Masukkan isi ikan talang yang dah digoreng tadi. Biar selama 10 minit dan boleh dimakan. Boleh juga dimasukkan bawang besar yang dipotong bulat semasa masukkan isi ikan. Sedap jugak.
Simple saja tapi memang menyelerakan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home