Tuesday, August 09, 2005

Resepi...Choc-Oat-Chip Cookies

Choc-Oat-Chip Cookies

Bahan-bahan:
1 cawan marjerin / mentega (lembutkan)
1 ¼ cawan gula perang (padatkan semasa menyukat)
½ cawan gula halus
2 biji telur
2 camb susu
2 camt vanilla
1 ¾ cawan tepung
1 camt baking soda
½ camt garam (pilihan)
2 ½ cawan oats mentah (jenis ‘quick’ / ‘old-fashioned’)
2 cawan chocolate chips (jenis ‘semi-sweet’)
1 cawan kekacang, dipotong kasar (pilihan)

Cara:
1. Panaskan oven ke 180F.
2. Pukul marjerin dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur, susu dan vanilla; pukul hingga sebati.
4. Masukkan tepung, baking soda dan garam,; kacau rata.
5. Masukkan oats, chocolate chips dan kekacang; gaul sebati.
6. Jatuhkan sesudu makan adunan ke atas dulang pembakar (tidak perlu digris).
7. Bakar selama 9 – 10 minit untuk biskut lembut, atau 12 – 13 minit untuk biskut rangup.
8. Sejukkan 1 minit sebelum diangkat ke atas redai (wire rack) untuk disejukkan sepenuhnya sebelum di simpan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|