Friday, August 12, 2005

Resipi...Puding Sukma

Puding Sukma

Bahan-bahannya:

1 paket agar-agar direndam (37.5gm)
2 biji telor
15 gm gula
1 gelas horlick (175 gm)
1 tin susu cair
1 tin susu manis
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh pati pandan
1/2 sudu teh warna hijau
1/2 sudu teh garam
air mengikut banyak agar-agar

Cara-caranya:

1. Agar-agar ditoskan kemudian diremasak bersama gula hingga larut kemudian ditapis.

2. Ditempat berasingan pukul telor, kemudian masukkan susu cair gaul rata, setelah itu masukkan garam, tepung jagung dan horlick gaul lagi akhir sekali masukkan susu manis dan gaul hingga sebati. kemudian ditapis.

3. Tuangkan adunan telor tadi kedalam agar-agar dan masak hingga pekat. Semasa memasak hendaklah dikacau-kacau selalu agar tidak hangus.

4. Apabila adunan tadi telah pekat, angkat dan bahagi dua. Satu adunan warnakan hijau dan satu lagi warna asal.

5. Sediakan acuan, masukkan adunan warna asal setelah setengah beku baru dimasukkan adunan warna
hijau. Biarkan beku baru dihidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|