Thursday, August 11, 2005

Resipi...ALMOND RINGS

ALMOND RINGS
Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
3/4 cawan mentega, dilembutkan pada suhu bilik
1 biji kuning telur
1/4 cawan gula serbuk
1/2 sudu teh esen badam
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan badam, dikisar
1/4 sudu teh garam

1 biji putih telur, dipukul
badam yang telah diramas, untuk hiasan

Cara-caranya
1. Campurkan mentega, kuning telur, gula dan esen badam dalam bekas dan gaul
rata menggunakan senduk kayu. Masukkan tepung, badam yang telah dikisar dan
garam. Gaul rata sehingga sebati.
2. Sejukkan doh selama 1 jam dalam peti seju. Bahagikan doh macam rupa biji
walnut dan roll tebal. Bentukkan doh menjadi cincin dan celupkan kedalam putih
telur yang telah dipukul.
3. Taburkan badam yang telah diramas dan letakkan keatas dulang pembakar.
Bakar untuk 10 minit pada suhu 175 darjah C sehingga warna keemasan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|