Resipi...ASPARAGUS BERSAMA DAGING BERLADA HITAM
Bahan-bahan
300gm sayur Asparagus
400gm daging dihiris nipis
minyak untuk mengoreng
1 camca besar bijan yang digoreng
1 biji cili merah dihiris nipis untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, bawang dan lobak untuk hiasan
Bahan-bahan untuk di Perap (A):
2 camca besar kicap manis
1 camca besar air halia muda
2 camca besar sos tiram
1 camca besar tepung jagung
2 camca kecil gula halus
3 ulas bawang putih dicingcang halus
1 camca besar serbuk lada hitam
Cara-cara
· Didalam mangkuk gaulkan daging bersama-sama bahan (A) dan diperap selama satu jam.
· Susunkan Asparagus didalam pinggan lalu dikukus selama 5 minit.
· Sementara itu panaskan minyak didalam kuali, gorengkan daging tadi sambil disusun selapis-selapis.
· Goreng seminit sahaja kedua bahagian daging tadi sambil dibalik-balikan.
· Susun Asparagus didalam pinggan dan hiaskan daging dibahagian atas bersama-sama cili, daun ketumbar, bawang dan lobak. Tabur bijan diatas.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home