Friday, October 07, 2005

Resipi...SIEW MAI

Bahan-Bahan
300g udang
200g isi ayam
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar serbuk pati ayam
2 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu besar tepung kanji
1 sudu besar tepung hong kwey
50g cendawan
gula secukup rasa
garam secukup rasa

-kesemua ini dikisar 15 minit dan dijadikan inti

1 paket kulit siew mai
beberapa helai daun ketumbar

Cara Cara
· Letakkan inti secukupnya di atas kulit siew mai dan letakkan sedikit daun ketumbar di tengahnya.
· Kukus selama 7 minit sebelum diangkat.
· (* Jangan kukus terlalu lama kerana siew mai akan pecah)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|