Resipi...PENCOK DAGING
Bahan-bahan
1/2 kg. daging lembu
2 cawan pati santan
7 ulas bawang merah
2 - 3 sudu besar lada hitam
2 sudu besar kerisik (sebaiknya dibuat sendiri- tumbuk hingga keluar sedikit minyak sahaja)
3 biji limau kasturi
2 batang serai
1 inci lengkuas
Sedikit garam
Cara membuatnya
· Potong daging besar-besar (anggaran 2" x 2")
· Rebus daging bersama serai dan lengkuas yang telah dititik serta sedikit garam.
· Setelah daging empuk, hiris nipis-nipis. Masukkan daging ke dalam sebuah bekas yang agak besar bagi memudahkan kerja-kerja menggaul.
· Hiris bawang merah.
· Tumbuk lada hitam hingga benar-benar hancur.
· Masukkan santan, bawang merah yang telah dihiris, lada hitam, kerisik, garam dan air limau kasturi ke dalam bekas yang berisi daging dan digaul mesra. Pastikan pencok berasa lemak, masin, pedas dan masam yang seimbang.
Note:
Pencok Daging ini hendaklah dimakan segera atau dimasukkan ke dalam peti ais kerana ia menggunakan santan mentah
0 Comments:
Post a Comment
<< Home