Thursday, October 06, 2005

Resipi...DAGING TACO

Bahan-bahan
500 gm daging cincang
2 biji bawang besar kuning dipotong dadu
4 biji bawang putih dicincang
1 peket serbuk taco (boleh dijumpai di pasaraya seperti carrefour)

8 keping tortilla (roti seperti capati)

1 tin besar tomato yang telah dibuang kulit dalam tin (tomato ini diasingkan kepada dua bahagian dengan nisbah 1:2)
Parutan keju cheddar

Bahan-bahan sos
2 bahagian tomato dalam tin
1 biji bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 sudu kecil rempah thyme dan basil

Cara membuat sosnya.
· Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar.
· Masukkan tomato dan rempah thyme dan basil.
· Biarkan ia pekat dan perasakan ia dengan garam dan gula.

Cara membuatnya.
· Tumiskan bawang besar yang didadu bersama bawang putih.
· Apabila telah naik bau masukkan daging cincang dan goreng. Masukkan sepeket taco seasoning mix.
· Masukkan 1 bahagian tomato.
· Tumis hingga pekat. Perasakan dengan garam dan gula.
· Setelah masak balutkan daging ke dalam tortilla dan susunkan ia dalam bekar pembakar.
· Kemudian lapiskan ia dengan sos tomato yang dimasak tadi.
· Taburkan keju cheddar parut ke atas lapisan daging dan tomato tadi.
· Bakarkan ia ke dalam oven yang bersuhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|