Resipi...UDANG GALAH MASAK KUZI
Bahan-bahan
600 g udang galah
1 cawan minyak masak
1 camca besar tomato puri
4 cawan kelapa parut bersama 2 cawan air untuk diambil santan
Garam secukup rasa
4 camca besar kerisik
2 biji bawang besar, didadu
Bahan-bahan ditumbuk halus
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
1 camca besar serbuk ketumbar
4 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 biji buah pala
1 cm kulit kayu manis
1 1/2 cm halia
1 1/2 cm lengkuas
Cara membuat
· Goreng udang hingga masak. Angkat dan sejat minyaknya. Ketepikan sebentar. Tinggalkan 1/2 cawan baki minyak tadi untuk menumis.
· Tumis bahan-bahan ditumbuk hingga wangi. Masukkan tomato puri dan santan, kacau hingga kuah pekat.
· Masukkan udang yang digoreng tadi, garam dan kerisik, kacau bersama kuah hingga sebati.
· Masukkan bawang besar dan kacau sebentar. Angkat dan hidangkan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home