Friday, October 07, 2005

Resipi...KETAM BERTELUR

Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar

Cara memasak:
· Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
· Masukkan secawan air
· MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
· Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
· Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
· Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|