Resipi...BEST BROWNIES
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
1 cawan gula (boleh kurangkan jika tidak suka terlalu manis)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/3 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung serbaguna
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh baking powder
Bahan untuk Topping
3 sudu besar mentega, dilembutkan
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar madu
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula halus
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah C. Lenserkan dan taburkan tepung pada loyang persegi 8 inci.
2. Dalam periuk, cairkan 1/2 cawan mentega. Alihkan dari atas api dan masukkan gula, telur dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Masukkan serbuk koko, tepung yang telah diayak bersama garam dan baking powder. Gaul sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam loyang.
3. Bakar selama 25-30 minit jangan terlalu lama nanti terlalu masak tak sedap. Brownies kena moist sikit.
4. Untuk topping campurkan kesemua bahan dan kemudian sapukan diatas brownies ketika ia masih suam. Hidangkan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home