Monday, October 10, 2005

Resipi...AYAM GOLEK HARUM WANGI

BAHAN-BAHAN
1 ekor ayam yang sederhana besarnya.
1 camca serbuk kunyit.
1 camca gula.
1 camca teh garam.
Minyak untuk menggoreng
Bahan penumis (bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang)
3 camca minyak
3 camca minyak sapi
1 peket rempah kari daging
3 camca cili mesin
2 cawan pati santan
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili Sedikit garam

CARA MEMASAK
Ayam dibersihkan, keringkan dan lumur dengan garam, kunyit, serta gula. Panaskan minyak banyak dalam kuali dan goreng separuh masak. Angkat dan sejukkan.

Panaskan minyak dan minyak sapi dalam kuali besar. Apabila panas, masukkan bahan tumis, tunggu sehingga bawang berwarna kuning keemasan. Masukkan cili mesin dan rempah kari, kacau sehingga naik minyak.

Masukkan santan, sos tomato, dan sos cili. Masak sehingga mendidih dan kuahnya pekat serta terbit minyak. Jika ayamnya sudah terlalu empuk, keluarkan ayam, letakkan dalam pinggan hidang.

Kuah dimasak sehingga terbit minyak, kemudian tuangkan ke atas ayam. Hias mengikut cita rasa anda.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|