Resipi...BUBUR LAMBUK AYAM
Bahan-Bahannya :
100gm beras
1 helai daun pandan
2 batang serai
4cm halia
4cm kulit kayu manis
300gm ayam disiat-siat halus
2 helai daun bawang
4 kuntum bunga lawang
200gm minyak sapi
1 ½ liter air
2gm buah pelaga
5gm bawang goreng
2 cawan santan
Bahan Dihiris :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Membuatnya :
Panaskan minyak.
Masukkan daun pandan, bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Tumis hingga naik aromanya dan berbau wangi.
Masukkan air dan beras.
Bila nasi sudah kembang, masukkan garam, santan, ayam yang telah disiat-siat dan masak hingga mendidih.
Hidangkan bersama bawang goreng dan hirisan daun bawang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home