Saturday, October 08, 2005

Resipi...APAM MEKAR

Sumber : Diana Arshad


Bahan-Bahannya :

250gm gula

2 biji telur

1 sudu kecil esen vanila

200ml susu segar

300gm tepung gandum

1 sudu kecil ovallate

Pewarna merah dan hijau

Acuan kertas



Cara Membuatnya :

Panaskan kukusan.

Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.

Masukkan esen vanila dan pukul lagi.

Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

Masukkan pewarna merah dan hijau dalam mangkuk yang berasingan.

Setiap adunan warna dimasukkan ke dalam plastik piping bag yang berasingan.

Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.

Letakkan acuan kertas dalam acuan apam dan kukus selama 15 minit.

Bila telah masak angkat dan hidangkan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|