Resipi...BUBUR LAMBUK PAHANG
Sumber :Puti Mazura Binti Mashudi
Bahan-Bahannya :
3 cawan beras hancur
4 ekor ikan kembung besar ( atau ½ ekor ikan tenggiri + 1 ekor ikan kembung )
Segenggam isi udang hidup
1 - 2 cawan santan cair
10 ulas bawang merah kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai dititik
7 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu teh serbuk lada hitam
3 keping asam gelugor
1 inci halia ( selain daripada yang di atas ) dititik
1 inci lengkuas dititik
2 helai daun pandan dibasuh dan simpulkan
2 cawan pucuk paku perak ( daun dan batang yang lembut sahaja ) dibasuh dan toskan.
Cara Membuatnya :
Rebus ikan dan udang dengan halia, lengkuas yang ditumbuk dan asam gelugor sehingga sangat-sangat lembut. Ketepikan.
Keluarkan asam, halia dan lengkuas dan mesin bersama ikan dan udang ( asingkan tulangnya, mesin tulang berasingan. Boleh juga tak gunakan tulang kalau takut tak halus ). Air rebusan jangan dibuang.
Tumbuk bawang merah, halia, bawang putih dan lada hitam.
Masukkan ke dalam ikan yang dikisar. Masukkan garam.
Gaul rata dan perapkan selama 1 jam.
Didihkan air rebusan, masukkan beras yang sudah dibasuh bersih. Tambahkan air jika perlu. Bila beras sudah pecah, masukkan ikan, udang dan bahan perapan. Gaul rata.
Masukkan serai dan santan.
Masak hingga menggelegak dengan api kecil. Kacau sekali sekala, jangan sampai pecah minyak.
Sesuaikan rasa garam dan lada hitamnya. Masukkan sedikit gula. Kacau rata. Didihkan.
Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku perak.
Gaul sekali dan tutup api.
Hidangkan panas-panas. Kalau suka boleh tambahkan lobak asin ( chaipoh ) yang dipotong halus, sambal cili cuka dan minyak bawang putih.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home