Resipi...AYAM GORENG SERI MURNI
BAHAN-BAHAN
10 ketul kepak ayam
10 ulas bawang putih
3 cm halia muda
Sedikit garam
CARA MEMASAK
Potong kepak ayam sendi siku. Susulkan isi pada kepak ayam sehingga isi ayam berkumpul di bahagian bawah. Mesin bawang putih dan halia muda dengan sedikit air sehingga hancur. Tuangkan ke dalam bekas ayam, masukkan garam secukup rasa. Perap setengah jam.
BAHAN UNTUK SADUR
1 cawan tepung ubi
2 biji telur, pukul sehingga sebati
Sedikit garam untuk goreng.
CARA MEMASAK
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian goreng ayam.
Tuskan kepak. Ambil seketul, golekkan dalam tepung ubi, diikuti telur dan ke dalam tepung sekali lagi. Goreng dalam minyak panas sehingga kuning. Buatlah sehingga habis. Angkat dan tuskan. Hiaskan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home