Wednesday, October 05, 2005

Resipi...BIHUN SINGAPORE

Sumber : Azian

1 paket bihun - rendam dalam air panas & tos
Lada hitam - ikut pedas
bawang merah
bawang putih
Lobak merah - hiris mancis
daun kuchai - dipotong
Taugeh - buang ekor dan kepala hitamnya
cendawan hitam - rendam dan hiris
isi udang
isi ayam
sos tiram
cuka makan
kicap manis
garam dan perisa

Tumbuk lada hitam ngan bawang merah & putih sampai lumat.
Tumis hingga wangi dan masukkan ayam, udang dan masukkan sedikit air untuk mengempukkan ayam. bila garing masukkan garam, cuka makan dan perisa serta sos tiram dan kicap manis, masukkan semua lobak merah, cendawan dan bihun, gaul hingga sebati sehingga semua bahan lembut, tambah sedikit air jika perlu. masukkan sayur yang selebihnya, gaul rata dan angkat (kira keluar asap tu dah masak ler)

tabur bawang goreng, telur dadar, daun sup dan hidangkan bersama cili padi kicap....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|