Resipi...BLUEBERRY SOURCREAM COFFEE CAKE
Sumber : Diana Arshad
Bahan-bahannya
1 cawan mentega, dilembutkan
2 cawan gula (boleh kurangkan 1/3 cawan jadi gunakan 1 2/3 cawan)
2 biji telur
1 cawan sour cream/ yoghurt plain (boleh kurangkan 1/4 cawan jadi gunakan 3/4 cawan)
1 sudu teh esen vanilla
1 5/8 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
1 cawan blueberry fresh
1/2 cawan gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 cawan kacang pecan, dicincang
1 sudu besar gula serbuk, untuk hiasan
Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 175 darjah C. Lenserkan loyang 9 inci bulat yang lubang tengah (bundt pan).
2. Dalam mangkuk besar, pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan kemudian sourcream/ yoghurt dan esen vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama garam dan baking powder dan gaul adunan sehingga sebati. Masukkan blueberries dan gaul sebati.
4. Tuangkan setengah bahagian adunan tepung kedalam loyang.
5. Dalam mangkuk yang kecil, campurkan gula perang, serbuk kayu manis dan kacang pecans. Taburkansetengah adunan kacang pecan keatas aduan tepung yang telah dituang dalam loyang. Tuangkan lebihan aduanan tepung kedalam loyang dan taburkan kacang pecan lebihan diataskan.
6. Menggunakan pisau atau hujung sudu lorekkan adunan kacang pecan macam marble cake. Bakar dalam oven selama 55 - 60 minit sehingga lidi ujian bersih bila diuji. Waktu menghidang ayakkan gula aising diatasnya.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home