Resipi...CARAMEL APRICOT SWISS COOKIES
Doh
1/2 cawan mentega, dilembutkan
1/4 cawan shortening
1 cawan gula perang, dipadatkan
1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
1 1/3 cawan tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Cara untuk Doh
1. Pukul mentega dan shortening sehingga sebati. Masukkan gula perang dan pukul hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan diikuti dengan kuning telur.
2. Dalam bekas yang berasingan ayak tepung, baking powder dan garam. Masukkan bahan yang telah diayak kedalam adunan mentega dan gaul sebati. Bungkus adunan dengan plastik cling wrap dan sejukkan dalam peti ais selama 2 jam adunan tidak berderai.
Ginger Apricot Filling
1 cawan aprikot kering, dicincang kasar
1/2 cawan air
1/3 cawan gula kaster
1 sudu besar jus lemon
1/2 sudu teh parutan halia
Cara untuk Filling
1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk. Biarkan ia mereneh selama 15 minit. Kemudian kisar kasar. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
2. Adunan tepung dilapis dengan plastik dan dicanai 30cm x 15cm. Sapukan rata filling diatas adunan tepung biarkan 1cm pada tepi adunan jangan disapu filling.
3. Mulakan dengan panjang 15cm dan roll adunan tepung macam swiss roll. Sambil gulung, tarik plastik. Potong roll menjadi dua bahagian dan roll sehingga menjadi 20cm panjang. Bungkus adunan denga plastik cling wrap dan sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau semalaman.
4. Panaskan ketuhar pada 175 darjah C. Keluarkan satu bahagian adunan tepung dan potong setebal 6mm. Atur di loyang pembakar dengan jarak 2.5cm. Bakar selama 8 - 10 minit sehingga kekuningan. Biarkan sejuk sebelum disimpan.
Sumber: Chef Wan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home