Resipi...CREAM CHEESE GEMS
Bahan-bahannya
1/2 cawan mentega
113 gram krim keju, suhu bilik
1 cawan gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh parutan kulit lemon
1 cawan tepung serbaguna
30 biji badam, dikupas kulitnya dan dibakar untuk hiasan
Cara-caranya
1. Pukul mentega dan krim keju bersama gula sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan parutan kulit lemon, gaul sebati. Masukkan pula tepung dan gaul adunan hingga sebati.
2. Dengan menggunakan sudu adunan dibentukkan bulat dan diatur atas loyang pembakar, jarak antara biskut 5cm. Hiaskan atasnya dengan badam dan bakar pada suhu 175 darjah C selama 12 minit atau sehingga tepi biskut kekuningan. Tunggu ia sejuk barulah boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.
Sumber: Chef Wan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home