Tuesday, October 11, 2005

Resipi...WARKAH CINTA

Sumber: Siti Mastura Alwi

Bahan-bahannya
220 gram tepung gandum
60 gram tepung beras
1/2 sudu teh vanillin
1/4 sudu teh garam
220 gram gula halus
(bahan diatas digaul rata)

4 biji telur
400 ml santan dari satu biji kelapa parut putih
sedikit minyak

Cara-caranya
Pukul telur dan gula sehingga pekat. Masukkan tepung dan santan berselang seli. Kacau sehingga rata. Jika adunan bergentel, tapis. Panaskan acuan kuih gulung. Acuan disapukan dengan sedikit minyak. Tuangkan satu sudu besar adunan kedalam adunan dan bakar sehingga masak. Apabila kuih kekuningan, angkat dan segera gulung atau lipat. Simpan kuih yang telah siap digulung atau berlipat ini dibekas kedap udara.

Panduan - Jika hendak membuat Warkah Cinta Mangga, kurangkan santannya kepada 300 ml dan tambahkan 100 ml mangga puree dan 1 sudu teh esen mangga. Semasa membuat adunannya, masukkan tepung, mangga puree dan santan, berselang seli.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|