Resipi...PARU SEMOR SUUN
Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Merican
Bahan-bahannya
1 kilo paru, potong empat, cuci bersih dan rebus sehingga empuk,
sejukkan dan potong serong panjang, jangan dipotong terlalu tipis dan jangan didadu
Bahan Rempah
2 batang srai yang gemuk
1/2 jari lengkuas
3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 sudu makan lada kisar
sedikit belacan
(bahan diatas dikisar halus)
2 ikat suun (rendam)
senggengam lada kering digunting halus
1 cawan kicap manis
1 sudu makan asam jawa digaul dengan 3 cawan air dan tapis
Cara-caranya
Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Toskan. Kecilkan api dan goreng pula lada sehingga warnanya merah dan cantik. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1 senduk lauk untuk menumis rempah. Tumis rempah kiasr sehingga garing dan wangi. Tuangkan air asam, kicap manis, garam dan gula secukup rasa. Bila rempahnya mendidih, masukkan suun, paru dan lada goreng. Gaul rata dan balek-balekkan supaya rempahnya meresap dan pekat. Hidangkan ini tidak boleh terlalu kering. Enak dimakan dengan nasi putih, lontong atau roti.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home