Tuesday, October 11, 2005

Resipi...KUZI LEBANON

Sumber: Adidah Anang

Bahan "A"
2 kg rusuk lembu, dipotong selebar dua jari
$2 koma-koma
2 tin kecil tomato puree
1 sudu makan rata lada serbuk
3 sudu makan rata krim salad
3 sudu makan air limau nipis
garam secukup rasa

Bahan dikisar
5 cm halia
10 biji lada merah
10 biji lada hijau
3 biji bawang besar

Bahan "B"
1 tin susu cair
1 tin kacang peas
1 cawan bawang goreng
75 gram badam, dihiris dan digoreng
75 gram rempah beriani
1 jari kayu manis
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
5 biji bawang putih, dihiris
4 biji bawang besar, dihiris
1/2 cawan kerisik
5 biji tomato, setiap satu dibelah 6
segenggam daun ketumbar
segenggam daun pudina
minyak untuk menumis

Cara-caranya
Semua Bahan A diperap selama satu jam. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan rempah tumis sehingga kuning dan wangi. Masukkan tomato dan masaklah sehingga tomatonya layu. Masukkan pula Bahan A, rempah beriani dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan sehingga dagingnya empuk. Barulah dimasukkan susu cair, daun pudina, daun ketumbar, bawang goreng dan kerisik. Semasa menghidang, taburkan badam goreng dan kacang peas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|