Tuesday, October 11, 2005

Resipi...KHEEMA MATTER

Sumber: Azrah Abdul Majid

Bahan-bahannya
500 gram daging cincang
2 biji bawang besar, didadu kecil
2 biji tomato besar, didadu kecil
2 biji kentang, didadu kecil
2 sudu makan paste halia dan bawang putih
150 gram kacang peas
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan lada serbuk
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu makan garam masala
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan minyak jagung
garam secukup rasa

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang telah didadu sehingga kuning. Campurkan paste bawang putih dan halia, tomato dan kacau rata. Masukkan pula lada serbuk, rempah kari daging dan serbuk kunyit. Tumis selama 5 minit. Campurkan daging cincang, garam dan selepas itu, masukan pula kentang dan 300 ml air, masak lagi selama sepuluh minit. Masukkan kacang peas, garam masala, daun ketumbar. Hidangkan dengna roti naan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|