Tuesday, October 11, 2005

Resipi...LEMAK SIPUT KELADI

Sumber: Hajjah Saodah Bte Mohd Salleh

Bahan-bahannya
1 kilo siput sedut (tetak ekornya, cuci bersih dan toskan)
1/2 kilo batang keladi (dan sedikit ubinya jika mahu)
1 liter santan dari 1 biji kelapa parut
1 batang serai, dititek
garam secukup rasa
segenggam daun selasih

(bahan dibawah dikisar)
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
3 batang lada merah
1 sudu teh lada hitam biji
1 jari kunyit hidup
segenggam ikan bilis
sedikit belacan

Cara-caranya
Siang batang keladi dan kerat anggar sejari panjang. Kupas kulit ubinya dan potong ikut citarasa. Rebus air dalam periuk dan masukkan sedikit minyak dan asam untuk menghilangkan gatal keladi. Apabila mendidih, celurkan ubi keladi sehingga 1/2 empuk, kemudian masukkan pula batangnya dan biarkan sehingga 1/2 empuk. Angkat batang dan ubi keladi dan toskan.

Tuang santan dan rempah kisar kedalam periuk dan masak, jangan sampai pecah santannya. Semasa santannya baru hendak mendidih, masukkan dahulu ubi keladi, daun selasih, siput dan garam. Tunggu sehinga siputnya masak dan kuahnya hampir memekat, barulah masukkan batang keladinya. Biarkan ia mendidih sebentar, matikan api dan hidangkan dengan nasi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|