Resipi...LOMPANG BERSAMBAL
Sumber: Aini Salim
Bahan-bahan membuat lompang
300 gm tepung beras
20 gm tepung jagung
1200 ml santan dari 1 biji kelapa
1 biji telur yang kecil
garam secukup rasa
sedikit warna kuning
Bahan-bahan membuat lauk
200 gm daging cincang
2 sudu makan rempah kari
sedikit minyak dan garam secukup rasa
*untuk dikisar halus
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
Bahan-bahan membuat sambal
6 tangkai lada merah
1 sudu makan udang kering
1 ulas bawang putih
*bahan ini semua dikisar halus
1 sudu makan kicap
2 sudu teh cuka atau jus lemon
2 sudu makan air
sedikit gula pasir dan garam
Bahan-bahan untuk hiasan
daun sup dan daun bawang dirampai
bawang goreng
Cara-caranya
Sediakan lauknya dahulu. Panaskan satu sudu makan minyak, goreng bahan-bahan yang telah ditumbuk, setelah wangi masukkan rempah kari dan daging, masak sehingga kering. Sejukkan dan ketepikan.
Gaul rata bahan-bahan membuat lompang - tapis dan kacau atas pai kecil sehingga naik wap seperti dadih.
Panaskan kukusan, aturkan acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan kedalam acuan lompang tiga suku penuh, dan kukus selama 3-5 minit. Letakkan diatasnya inti daging dan sambal. Kukus lagi selama 8 - 10 minit.
Bila sudah masak, keluarkan dari kukusan. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan. Semasa menghidang, tabur sedikit bawang goreng serta daun sup dan daun bawang.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home