Resipi...HARUM MANIS
Sumber: Siti Mastura
Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-caranya
Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan tiga suku penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home