Thursday, October 13, 2005

Resipi...KEK SUJI

Sumber: Hajjah Fatimah Bte Mohd Ibrahim Marican

Bahan-bahannya

500 gram mentega (cap tong)

15 kuning telur

2 putih telur

320 gram gula caster

230 gram badam (kisar dan ayam, kemudian baker 2 minit dan sejukkan)

(boleh juga gunakan almond blanched ground tapi mesti baker kira-kira 2 minit)

3 sudu makan tepung gandum, diayak (boleh juga gunakan cake flour)

340 gram suji (gunakan suji dalam tin)

1 susu teh rata vanillin

1 tin pembakar 11” x 8” (gris sekeliling dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas kuih)


Cara-caranya

Pukul mentega serta suji dan gaul rata. Tutup dengan kain dan simpan semalaman, sekurang-kurangnya 14 jam, dan tidak boleh lebih dari 24 jam.


Pada keesokkan hari, panaskan oven 160 darjah . Bila hendak bakar kuih turunkan ke 150 darjah C Pukul 2 putih telur hingga kembang dan kaku. Masukkan kedalam adunan suji. Pukul pula kuning telur dan gula sehingga halus dan kembang. (Masukan gula sedikit demi sedikit). Masukkan kedalam adunan dan gaul rata. Masukkan pula tepung/ badam kisar dan gaul rata. Akhir sekali masukkan vanillin dan gaul lagi sehingga rata. (Semasa menggaul sebaik-baiknya menggunakan tangan dan jangan di tinggalkan, kalau ditinggalkan, kemungkinan kuihnya akan mendap).


Masukkan adunan kedalam tin kuih dan maker selama 1 jam 15 mini dengan suhu 150 darjah C. Jangan buka tutup pintu ketuhar. Bila keknya sudah masak, keluarkan dan biarkan dalam tin pembakar selama 10 minit, baru boleh dikeluarkan dan letakkan atas rak kuih.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

|